Friday, December 10, 2010

Peperiksaan Khas

Oleh kerana pada semester ini nampaknya ramai yang terpaksa menduduki peperiksaan khas (PK) atau supplementary exam, di sini aku nak cerita sikit berkenaan exam tu.  Sementelah ramai pelajar yang bertanyakan tentang perkara ini.  Ada yang sms, ada yang mesej kat facebook, ada yang email dan ada yang terus menelefon.

PK hanya diberikan kepada kursus yang ada peperiksaan akhir secara bertulis.  Tujuannya supaya pelajar dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.  Ia hanya ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa saja.

Pelajar yang dibenarkan mengambil PK ialah:
  • Pelajar semester akhir yang berstatus lulus (LU) tapi gagal dalam satu atau dua kursus saja.
  • Pelajar semester sebelum menjalani latihan praktik (bagi program yang menjalankan latihan praktik pada semester akhir) yang berstatus LU tapi gagal dalam satu atau dua kursus saja.
  • Pelajar semester akhir yang diberhentikan dengan status D3, D4, D5 serta mempunyai satu atau dua kursus sahaja untuk tamat.
  • Pelajar semester akhir yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi satu atau dua kursus kerana disahkan sakit oleh doktor universiti atau hospital kerajaan.  Pelajar ini harus mendapat status XX untuk kursus tersebut.
  • Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus saja kerana dijatuhkan hukuman tatatertib dengan gred F atau gagal tanpa penggantungan pengajian.
Program Diploma dan Ijazah Sarjanamuda UiTM, Pindaan 2008, 27]

Tapi perlu diingat, walau berapapun markah yang diperolehi oleh pelajar, gred maksimum yang boleh diperolehi ialah gred C sahaja.  Hanya pelajar yang mendapat status XX sahaja yang akan diberikan gred sebenar.

Walaupun PK ini bertujuan untuk membantu pelajar, yuran sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap kursus.  Yuran ini bukanlah bertujuan untuk menambah hasil UiTM, sebaliknya untuk mengelak daripada pelajar saja suka-suka untuk menduduki PK tanpa sebarang persediaan.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan beberapa kali dalam post yang terdahulu bertajuk "Keputusan Peperiksaan", "LAF" dan "Validasi", tarikh PK bagi semester ini ialah pada 21 - 23 Dis (bukan dari 22 Dis seperti yang dinyatakan sebelumnya). Kepada pelajar-pelajar yang berkenaan, sila mendaftar dan berhubung dengan fakulti selewat-lewatnya pada 14 Dis ini. Maklumat lanjut ada dinyatakan dalam UiTM Student Portal.

Good luck...

14 comments:

  1. just asking, what is Intersesi?

    ReplyDelete
  2. saper ni ye?

    intersesi is actually short semester...only one or two courses allowed...

    ReplyDelete
  3. Salam prof...sya merupakan pelajar uitm sabah dan bakal menduduki peperiksaan khas pada minggu hadapan..di sini sya nak bertanya dengan prof..adakah sekiranya sya lulus dlm peperiksaan khas ini..sya masih layak ditawarkan ke program sarjana muda?stlh mendapati gagal dlm 1 subjek..sya merasa begitu kurang bersemangat..dan takut tdk mendapat tawaran ke peringkat degree..tq..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Kemasukan ke peringkat degree drp diploma UiTM bukannya bergantung kpd satu kursus saja. ia bergantung kepada CGPA. Biasanya CGPA sekurang2nya 2.5 akan ditawarkan membuat degree bergantung kpd program yang dipohon dan kesesuaian dengan diploma yang diperolehi.

    ReplyDelete
  5. salam, tarikh exam untuk intersesi dengan supplementary sama ke tak? dan sekarang uitm buat konsep tampal. memang takde chance untuk dapat A ke untuk supelementary paper?

    ReplyDelete
  6. salam prof..sy nak tnya..april baru ni ade final exam untuk student diploma..tapi ade satu paper..
    saya tak dapat hadir..dah bagi MC kat pihak HEA..dye kate nti mase result keluar..kat subjek yg saye x hadir tu akan berstatus xx..dan tak akan effect cgpa sbb dye bukan fail..n saya kene amik semula subjek tu for the next smster..lbih kurang mcm repeat lah kud..then sy ade bace syarat utk dapatkan ANC ..antara syaratnye..tidak mengulang mana2 kursus..so sy confuse..just nk taw yg status xx tu akan effect x untuk sy dpt ANc..sory trrpnjang pulak..harap sy dpt jwpan tuk ni..mekasih :)

    ReplyDelete
  7. salam saya nak tanya. supplement exam ni kena print slip exam tak? and lepas saya bayar yuran, saya nak kena bg resit bayaran tak? and bila last date bg resit bayaran tu? thank you :)

    ReplyDelete
  8. salam.. betul ke kalau ambil intersesi, tak boleh dapat title ANC nnt?

    ReplyDelete
  9. As salam.nak tanya.saya ada tak hadir untuk satu paper.sbb demam.sy dah bagi surat MC drpd hospital kerajaan dekat hea.sy nak tanya.boleh ke sy bawak carry marks saya pd sem lepas ke sem baru?atau sy perlu pergi ke kelas utk paper yg sy tak dtg tu utk 1 sem?

    ReplyDelete
  10. As salam.nak tanya.saya ada tak hadir untuk satu paper.sbb demam.sy dah bagi surat MC drpd hospital kerajaan dekat hea.sy nak tanya.boleh ke sy bawak carry marks saya pd sem lepas ke sem baru?atau sy perlu pergi ke kelas utk paper yg sy tak dtg tu utk 1 sem?

    ReplyDelete
  11. salam, nak tanya ada tak supplementary utk kod ACC ? bg pelajar yg last sem, tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum prof.. saya akan menduduki ujian khas minggu hadapan. saya ingin bertanya bagaimana kalau saya tidak menghadiri ujian khas ni? adakah saya tidak dapat menyambung pelajaran saya hingga ke sarjana muda?

    ReplyDelete
  13. Assalammuaalaikum prof , saya ada ambil intersesi , tapi kenapa saya tidak boleh ambil supp paper ya ?

    ReplyDelete
  14. Hi sis naktanya beberapa soalan :)

    1) supp paper ni untuk certain subjek je ke ada ? mostly kalau sub tu failure rate dia tinggi maksudnya memang akan ada la kan supp paper untuk subjek tu ?

    2) selalunya untuk registration supp paper ni dia buka bila after result keluar ?

    3) and after dah mohon selalunya berapa lama untuk tunggu untuk sit paper tu ?

    4) then after dah sit paper tu betul ke orsng kata result dalam masa sebulan after resit paper ?

    5) pastu, macam dalam kes saya skrg , course saya hanya ada 6 sem sahaja sem keenam last tu adalah untuk intern, tapi saya gagal satu sub jadi saya ambik paper tersebut pada sem ke 6 yang sepatutnya saya intern, jdi saya akan intern sem 7 , tapi andai kata paper yang saya ambik sem 6 yang tadi tu still gagal lagi , adakah saya layak untuk ambik supp paper ?

    6) lepastu patut ke saya pergi intern dulu walau saya ambik supp paper tu ?

    7) then , ni contohla kan saya kira2 dan buat andaian pada tarikh , let say result supp paper saya keluar 10/4 nanti , then dalam masa sama saya dah apply penerapan pakai result lama , jadi adakah result baru tu akan tampal yang lama dalan sistem tu ?

    8) then let say result tu akan berubah dalam sistem , adakan akan effect penerapan saya and contohla orang kata result penerapan selalunya keluar seminggu sebelum naik sem kan , adakan possible untuk saya dapt penerapan ?

    9) kalau contoh dapat alhamdulillah if saya tkdapat kan bolehke buat rayuan untuk first intake penerapan tu , and kalau boleh and lulus rayuan tu maksudnya saya akan masuk lewat seminggu dua la kan dari batch first intake penerapan tu ?

    :))) maaf panjang sebab dah baca semua komen saya cuma nak confirmation dari soklan saya sendiri 😅, saya harap sis notice komen saya ni haa . aaaminn2 semoga sis dipermudahkan urusan byee

    ReplyDelete