Nampaknya tidak banyak perubahan yang telah dilakukan oleh LAF dalam mesyuarat tersebut. Kesedihan yang aku rasakan sebagaimana yang aku luahkan dalam "Validasi" bertarikh 26 Nov yang lepas tetap seperti itu. Hanya tinggal Lembaga Peperiksaan UiTM yang akan bermesyurat 8 Dis ini saja yang mungkin boleh mengubahnya. Namun, biasanya jawatankuasa ini jarang melakukan apa-apa perubahan yang diputuskan oleh LAF.
Selain daripada satu kursus untuk CS221 yang dimaksudkan, sebenarnya terdapat satu lagi kursus untuk program lain yang lebih teruk. Kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan untuk kursus ini GAGAL. Dengan kata lain...kegagalan adalah 100%. LAF terpaksa meminta supaya kesemua kertas peperiksaan termasuk kerja kursus disemak semula. Dan pagi tadi, LAF telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk melihat kembali keputusan peperiksaan kursus tersebut. Hasilnya, kira-kira 40% pelajar telah lulus.
Pada pendapatku, prestasi pelajar bergantung kepada empat faktor utama. Pertama, pelajar itu sendiri, kedua pensyarahnya, ketiga kandungan kursus/silabus dan keempat ialah suasana pembelajaran termasuk bilik kuliah, peralatan dan seumpamanya. Sekiranya peratusan kegagalan terlalu tinggi, aku lebih cenderong meletakkan kesalahan ke atas pensyarah itu sendiri. Hampir tidak mungkin kebanyakan pelajar dalam kumpulan tersebut lemah. Mereka diterima masuk setelah memperolehi kelulusan tertentu yang telah ditetapkan.
Tidak juga kepada kandungan kursus kerana ia telah diterima pakai dan telah dilaksanakan kepada kumpulan pelajar lain. Sekiranya kandungan kursus merupakan penyebab utama, silabusnya dianggap tidak sesuai dan harus ditukar. Begitu juga dengan suasana pembelajaran.
Semasa aku masih menjadi TD dan mempengerusikan mesyuarat LAF pada suatu ketika dahulu, ada kampus cawangan yang mempamerkan keputusan yang sangat cemerlang untuk pelajar mereka. Prestasi pelajar tersebut jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar dari kampus lain termasuk kampus Shah Alam sendiri. Jika diperhatikan kepada tiga faktor tadi (tidak termasuk faktor kandungan kursus), kampus tersebut tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding kampus lain. Pelajar diagihkan secara rawak. Pensyarah di kampus Shah Alam pastinya jauh lebih baik. Suasana pembelajaran? Hmmm...mungkin lebih sikit kot.
Jadi, apakah lagi faktor yang menjadikan pelajar mereka cemerlang? Aku telah menyarankan supaya kampus lain termasuk Shah Alam membuat lawatan ke kampus tersebut dan belajar cara untuk menjadikan pelajar cemerlang.
Sehingga kini kampus tersebut masih terus menghasilkan pelajar yang lulus dengan cemerlang. Dalam konvokesyen yang sedang berjalan sekarang, terdapat lebih daripada 20 graduan mereka mendapat kelas pertama.
Pada satu ketika, terdapat tujuh lulusan diploma dari kampus berkenaan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Shah Alam telah diberhentikan pada semester pertama. Padahal pelajar tersebut kebanyakannya telah tamat diploma dengan mendapat anugerah dekan. Alasan yang diberikan ialah pelajar tersebut mengalami culture shock?
Berbalik kepada pelajar CS221 yang gagal satu kursus. Lebih daripada 30 pelajar perlu menduduki peperiksaan khas pada 22 - 23 Dis yang akan datang. Satu jumlah yang sangat besar. Sekiranya lulus, pelajar hanya diberikan gred C saja dan bolehlah meneruskan latihan praktik. Katanya, ada ahli LAF yang mencadangkan supaya pelajar-pelajar ini tidak diberikan peperiksaan khas, sebaliknya mengulang satu semester lagi untuk satu kursus tersebut. Semester yang berikutnya baru dibenarkan menjalani latihan praktik...itupun kalau lulus. Gila!!!
Kepada pelajar-pelajar ini, bolehlah mula mengulangkaji selepas keputusan diumumkan nanti. Bagi sesiapa yang mendapat gred C- atau D+, sekiranya ada duit lebih, aku sarankan supaya membuat penyemakan semula di samping menduduki peperiksaan khas. Manalah tau, nasib menyebelahi you all.
Kepada sesiapa yang aku postkan ucapan tahniah di facebook, bermakna mereka mendapat AD (insya-Allah). Kepada yang tertinggal aku mintak maaf. Sekali lagi aku ingin ucapkan tahniah kepada kumpulan CS110/01 kerana telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Sembilan daripada 20 pelajar telah mendapat AD. Tahniah kepada Muhammad'Umar Rasydan kerana tampil menjadi pelajar terbaik dalam kelas tu...tahniah!!! Pelajar yang tidak menjadi kawan aku kat facebook...i have no comment...
©2010 arif fikri abas Bergambar bersama Pelajar CS110/01 Julai 2010.Muhammad'Umar Rasydan (kiri). |
Assalamualaikum, prof,
ReplyDeleteyg pasal kne extend semester utk repeat paper tu, serius ke???
habislah kitorang mcm ni....
itu hanya cadangan drp salah sorang panel tetapi telah ditolak~~~
ReplyDeletenme saya xda ke prof?nmpk nya x dapat kekal kan prestasi.. so sad..=(
ReplyDeleteathirah: ala...tak sure lak. nanti sok i tengokkan...
ReplyDeleteTahniah buat student-student CS110 yang dapat AD. Teruskan kecemerlangan untuk semester yang akan datang.
ReplyDeleteps: En. Khalil, dh lama rupanya saya tak menjenguk campus Shah Alam.
Salam perantauan,
Amir H Khalid
Ex CS110 Student, Shah Alam 2003-2006
MSc. E-Business (Information Systems), Newcastle University | BSc. (Hons) Computer Science, Coventry University.
hi mir...salam.
ReplyDeletewah...u dah buat master ye...?
Datang SA cari i k?