Laman Taichi - tempat aku sama-sama bertaichi |
Pagi tadi seperti biasa (eh...biasa ke?), aku ke Taman Tasik Shah Alam untuk bertaichi. Selepas taichi seperti biasalah juga aku berjoging sekeliling tasik sejauh kira-kira 3km. Bukan jogging pun, jalan kaki je...
Di hujung jogging aku ternampak satu khemah MBSA sedang buat promosi. Promosi apa eh? Siap kasi sandwic dengan air mineral free lagi. Rupa-rupanya kempen mencari ahli Kelab Sahabat Taman Tasik yang bakal ditubuhkan. OK juga tu...aku pun daftarlah...
Objektif kelab ini ialah untuk membantu memelihara dan memulihara kawasan Taman Tasik Shah Alam dan taman-taman di Shah Alam supaya ianya kekal untuk generasi akan datang. Penaungnya ialah Datuk Bandar Shah Alam sendiri.
Antara aktiviti/program yang dicadangkan untuk dijalankan oleh kelab ini adalah program kesihatan (pemeriksaan kesihatan dan nasihat pemakanan), senamrobik/taichi, gotong-royong, penanaman pokok dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Yuran hanyalah RM10 setahun untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk kanak-kanak yang berumur dari 5 - 17 tahun, yurannya hanyalah RM5 setahun.
Pokok yang tumbang ke dalam tasik dan ranting kayu yang patah terbiar |
Masjid Negeri, Shah Alam |
Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM |
Tapi apapun, Taman Tasik Shah Alam ni memang cantik. Ia dikelilingi oleh Masjid Negeri Shah Alam, pejabat kerajaan, hotel, pusat beli-belah, restoran, taman rekreasi dan yang paling gah -- UiTM.
Tapi, lagi cantik dan menarik kalau MBSA dapat melakukan penyenggaraan yang lebih teratur...
Taman Rekreasi Wet World berlatarbelakangkan SIRIM |
McDonald's - tempat aku singgah malam-malam bila perut terasa lapar |
Assalamu'alaikum, macam mana caranya untuk menghubungi Kelab Taman Tasik Shah Alam ni? dah lama cari, tak jumpa siapa nak contact, macam mana nak melibatkan diri/ menyumbangkan tenaga dan mana keterangan organisasi kelabnya.
ReplyDelete