Kalau tak silap, aku mula gunakan handphone pada awal tahun 1990an. Masa tu handphone ni baru sangat. Hanya ada satu line je masa tu, Celcom 010. Sebelum tu orang guna ATUR 011 daripada telekom, berat dan mahal.
Handphone aku yang mula-mula sekali ialah daripada jenis Sapura. Dah lupa dah model dia. Aku beli dengan harga RM2,000.00 lebih. Itupun second hand. Tak banyak function yang ada. Hanya boleh buat call dan receive call je. SMS pun belum ada, apatah lagi MMS. Coverage pun kat bandar-bandar besar je. Kejap-kejap kena charge bateri. Tapi aku bangga pada masa tu tak ramai yang ada handphone. Rasanya akulah orang yang pertama kat UiTM ada handphone. Remisier aku pun selalu pinjam handphone aku bila dia nak outstation.
Selepas tu baru ada line kedua, MOBIKOM 018. Akupun bertukar ke 018 sebelum ke Maxis 012 hinggalah sekarang.
Nokia E71 |
Sebenarnya aku ni peminat handphone Nokia. Semenjak aku guna handphone, kebanyakkannya daripada model Nokia. Sebelum model E71 aku pakai Nokia N70. Pastinya E71 lebih banyak kelebihannya jika dibandingkan dengan N70. Antara features yang aku tengok ialah saiz memory dan kameranya. Antara kelebihan E71 berbanding N70 adalah:
Walaupun E71 lebih baik daripada N70, ada satu perkara yang aku kurang berpuashati dengan E71. Aku rasa gambar hasil N70 yang hanya bersaiz 2MP lebih baik kualitinya jika dibandingkan dengan gambar E71 bersaiz 3.15MP. Malah kadang-kadang aku rasakan gambar VGA daripada Nokia 7650 yang aku gunakan sebelum tu pun lebih baik lagi.N70 E71 display type: TFT 256K color TFT 16M color internal memory: 22MB 110MB, 128MB RAM card slot: 64MB 1GB-8GB (aku pilih 8GB) camera: 2MP 3.15MP GPS: No Yes
Bila aku cerita masalah aku ni kat kawan aku, dia cadangkan aku guna iPhone. Kawan aku ni memang pakar dalam bab-bab elektronik ni. Dia jugak ada student yang buat projek mobile computing guna iPhone. Katanya, sesetengah features iPhone lebih baik daripada Blackberry. Sebagaimana maklum, iPhone adalah satu produk Apple yang terkenal dengan aplikasi multimedia. Jadi, kenyataan kawan aku tu kira boleh pakailah...
Bermula dari hari tu, aku bercita-cita nak tukar E71 dengan iPhone. Masa tu iPhone 3 sedang berada di pasaran. iPhone 4 akan keluar bila-bila masa je. Jadi aku bersabar sajalah menunggu iPhone 4 keluar. Pada bulan Jun ia dilancarkan di US dan UK. Hai...bilalah nak sampai ke Malaysia ni. Akhirnya pada September lepas sampai juga iPhone 4 ke sini. Tapi sampai hari ini aku masih belum lagi mendapatkannya. Dah dua tiga kali aku mengintai di Maxis Centre, tapi "out of stock". Ke Apple Authorized Reseller pun sama jugak...
Specs untuk US dan UK sebelum ini dikatakan ada masalah dengan antenna/reception. Masalah ini dapat diatasi sekiranya menggunakan casing. Namun, selepas tiga bulan ia dilancarkan di Malaysia, tidak pulak kedengaran masalah tu berlaku.
Selain daripada kualiti kameranya, saiz skrin juga menjadi pilihan aku di samping beberapa kelebihan features yang lain seperti specs berikut:
Size: Dimensions - 115.2 x 58.6 x 9.3 mm
Weight - 137 g
Display: Type - LED-backlit IPS TFT, cap. touchscreen, 16M colors
Size - 640 x 960 pixels, 3.5 inches
Scratch-resistant oleophobic surface
Multi-touch input method
Accelerometer sensor for auto-rotate
Three-axis gyro sensor
Proximity sensor for auto turn-off
Sound: Alert types - Vibration, MP3 ringtones
Speakerphone - Yes (3.5 mm headset jack)
Memory: Phonebook - Practically unlimited ent. & fields, Photocall
Call records - 100 received, dialed and missed calls
Internal - 16/32 GB storage, 512 MB RAM
Card slot - No
Data: GPRS - Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGE - Class 10, 236.8 kbps
3G - HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN - Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth - Yes, v2.1 with A2DP
Infrared port - No
USB - Yes, v2.0
Camera: Primary - 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
Features - Touch focus, geo-tagging
Video - Yes, 720p@30fps, LED video light, geo-tagging
Secondary - Yes, videocalling over Wi-Fi only
Features: OS - iOS 4
CPU - 1 GHz Apple A4 processor
Messaging - SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
Browser - HTML (Safari)
Radio - No
Games - Downloadable, incl. motion-based
Colors - Black, White
GPS - Yes, with A-GPS support
Java - No
MicroSIM card support only
Scratch-resistant glass back panel
Active noise cancellation with dedicated mic
Digital compass
Google Maps
Audio/video player and editor
Voice command/dial
TV-out
Battery: Standard battery, Li-Po 1420mAh
Stand-by - Up to 300 h (2G) / Up to 300 h (3G)
Talk time - Up to 14 h (2G) / Up to 7 h (3G)
Music play - Up to 40 h
[Sumber: GSM Arena]
Harga termasuk VVIP jailbreak package adalah RM2,849.00 untuk 16GB dan RM3,249.00 untuk 32GB.
Entah bilalah agaknya aku boleh dapat iPhone 4 ni. Tapi aku dengar-dengar iPhone 5 baru saja dilancarkan di Jepun...