Sunday, December 26, 2010

iPhone 4


Kalau tak silap, aku mula gunakan handphone pada awal tahun 1990an.  Masa tu handphone ni baru sangat. Hanya ada satu line je masa tu, Celcom 010.  Sebelum tu orang guna ATUR  011 daripada telekom, berat dan mahal.

Handphone aku yang mula-mula sekali ialah daripada jenis Sapura.  Dah lupa dah model dia.  Aku beli dengan harga RM2,000.00 lebih.  Itupun second hand.  Tak banyak function yang ada.  Hanya boleh buat call dan receive call je.  SMS pun belum ada, apatah lagi MMS.  Coverage pun kat bandar-bandar besar je.  Kejap-kejap kena charge bateri.  Tapi aku bangga pada masa tu tak ramai yang ada handphone.  Rasanya akulah orang yang pertama kat UiTM ada handphone.  Remisier aku pun selalu pinjam handphone aku bila dia nak outstation.

Selepas tu baru ada line kedua, MOBIKOM 018.  Akupun bertukar ke 018 sebelum ke Maxis 012 hinggalah sekarang.
 
Nokia E71
Pada masa ini aku menggunakan handphone Nokia E71 yang kubeli pada akhir tahun 2008.  Masa tu handphone tu baru je tiga bulan berada di pasaran.  Aku berkenan sangat dengan QWERTY keyboard dia walaupun saiznya kecil.

Sebenarnya aku ni peminat handphone Nokia.  Semenjak aku guna handphone, kebanyakkannya daripada model Nokia.  Sebelum model E71 aku pakai Nokia N70.  Pastinya E71 lebih banyak kelebihannya jika dibandingkan dengan N70.  Antara features yang aku tengok ialah saiz memory dan kameranya.  Antara kelebihan E71 berbanding N70 adalah:
N70 E71 display type:    TFT 256K color  TFT 16M color internal memory: 22MB            110MB, 128MB RAM card slot:       64MB            1GB-8GB (aku pilih 8GB) camera:          2MP             3.15MP GPS:             No              Yes
Walaupun E71 lebih baik daripada N70, ada satu perkara yang aku kurang berpuashati dengan E71.  Aku rasa gambar hasil N70 yang hanya bersaiz 2MP lebih baik kualitinya jika dibandingkan dengan gambar E71 bersaiz 3.15MP.  Malah kadang-kadang aku rasakan gambar VGA daripada Nokia 7650 yang aku gunakan sebelum tu pun lebih baik lagi.

Bila aku cerita masalah aku ni kat kawan aku, dia cadangkan aku guna iPhone.  Kawan aku ni memang pakar dalam bab-bab elektronik ni.  Dia jugak ada student yang buat projek mobile computing guna iPhone.  Katanya, sesetengah features iPhone lebih baik daripada Blackberry. Sebagaimana maklum, iPhone adalah satu produk Apple yang terkenal dengan aplikasi multimedia.  Jadi, kenyataan kawan aku tu kira boleh pakailah...

Bermula dari hari tu, aku bercita-cita nak tukar E71 dengan iPhone.  Masa tu iPhone 3 sedang berada di pasaran.  iPhone 4 akan keluar bila-bila masa je.  Jadi aku bersabar sajalah menunggu iPhone 4 keluar.  Pada bulan Jun ia dilancarkan di US dan UK.  Hai...bilalah nak sampai ke Malaysia ni.  Akhirnya pada September lepas sampai juga iPhone 4 ke sini.  Tapi sampai hari ini aku masih belum lagi mendapatkannya.  Dah dua tiga kali aku mengintai di Maxis Centre, tapi "out of stock". Ke Apple Authorized Reseller pun sama jugak...

Specs untuk US dan UK sebelum ini dikatakan ada masalah dengan antenna/reception.  Masalah ini dapat diatasi sekiranya menggunakan casing.  Namun, selepas tiga bulan ia dilancarkan di Malaysia, tidak pulak kedengaran masalah tu berlaku.

Selain daripada kualiti kameranya, saiz skrin juga menjadi pilihan aku di samping beberapa kelebihan features yang lain seperti specs berikut:  
Size: Dimensions - 115.2 x 58.6 x 9.3 mm
    Weight - 137 g
Display: Type - LED-backlit IPS TFT, cap. touchscreen, 16M colors
    Size - 640 x 960 pixels, 3.5 inches
        Scratch-resistant oleophobic surface
        Multi-touch input method
        Accelerometer sensor for auto-rotate
        Three-axis gyro sensor
        Proximity sensor for auto turn-off
Sound: Alert types - Vibration, MP3 ringtones
    Speakerphone - Yes (3.5 mm headset jack)
Memory: Phonebook - Practically unlimited ent. & fields, Photocall
    Call records - 100 received, dialed and missed calls
    Internal - 16/32 GB storage, 512 MB RAM
    Card slot - No
Data: GPRS - Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
    EDGE - Class 10, 236.8 kbps
    3G - HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
    WLAN - Wi-Fi 802.11 b/g/n
    Bluetooth - Yes, v2.1 with A2DP
    Infrared port - No
    USB - Yes, v2.0
Camera: Primary - 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
    Features - Touch focus, geo-tagging
    Video - Yes, 720p@30fps, LED video light, geo-tagging
    Secondary - Yes, videocalling over Wi-Fi only
Features: OS - iOS 4
    CPU - 1 GHz Apple A4 processor
    Messaging - SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
    Browser - HTML (Safari)
    Radio - No
    Games - Downloadable, incl. motion-based
    Colors - Black, White
    GPS - Yes, with A-GPS support
    Java - No
        MicroSIM card support only
        Scratch-resistant glass back panel
        Active noise cancellation with dedicated mic
        Digital compass
        Google Maps
        Audio/video player and editor
        Voice command/dial
        TV-out
Battery: Standard battery, Li-Po 1420mAh
    Stand-by - Up to 300 h (2G) / Up to 300 h (3G)
    Talk time - Up to 14 h (2G) / Up to 7 h (3G)
    Music play - Up to 40 h
                                                                                                                          [Sumber: GSM Arena]

Harga termasuk VVIP jailbreak package adalah RM2,849.00 untuk 16GB dan RM3,249.00 untuk 32GB.

Entah bilalah agaknya aku boleh dapat iPhone 4 ni.  Tapi aku dengar-dengar iPhone 5 baru saja dilancarkan di Jepun...

Friday, December 10, 2010

Peperiksaan Khas

Oleh kerana pada semester ini nampaknya ramai yang terpaksa menduduki peperiksaan khas (PK) atau supplementary exam, di sini aku nak cerita sikit berkenaan exam tu.  Sementelah ramai pelajar yang bertanyakan tentang perkara ini.  Ada yang sms, ada yang mesej kat facebook, ada yang email dan ada yang terus menelefon.

PK hanya diberikan kepada kursus yang ada peperiksaan akhir secara bertulis.  Tujuannya supaya pelajar dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.  Ia hanya ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa saja.

Pelajar yang dibenarkan mengambil PK ialah:
  • Pelajar semester akhir yang berstatus lulus (LU) tapi gagal dalam satu atau dua kursus saja.
  • Pelajar semester sebelum menjalani latihan praktik (bagi program yang menjalankan latihan praktik pada semester akhir) yang berstatus LU tapi gagal dalam satu atau dua kursus saja.
  • Pelajar semester akhir yang diberhentikan dengan status D3, D4, D5 serta mempunyai satu atau dua kursus sahaja untuk tamat.
  • Pelajar semester akhir yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi satu atau dua kursus kerana disahkan sakit oleh doktor universiti atau hospital kerajaan.  Pelajar ini harus mendapat status XX untuk kursus tersebut.
  • Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus saja kerana dijatuhkan hukuman tatatertib dengan gred F atau gagal tanpa penggantungan pengajian.
Program Diploma dan Ijazah Sarjanamuda UiTM, Pindaan 2008, 27]

Tapi perlu diingat, walau berapapun markah yang diperolehi oleh pelajar, gred maksimum yang boleh diperolehi ialah gred C sahaja.  Hanya pelajar yang mendapat status XX sahaja yang akan diberikan gred sebenar.

Walaupun PK ini bertujuan untuk membantu pelajar, yuran sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap kursus.  Yuran ini bukanlah bertujuan untuk menambah hasil UiTM, sebaliknya untuk mengelak daripada pelajar saja suka-suka untuk menduduki PK tanpa sebarang persediaan.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan beberapa kali dalam post yang terdahulu bertajuk "Keputusan Peperiksaan", "LAF" dan "Validasi", tarikh PK bagi semester ini ialah pada 21 - 23 Dis (bukan dari 22 Dis seperti yang dinyatakan sebelumnya). Kepada pelajar-pelajar yang berkenaan, sila mendaftar dan berhubung dengan fakulti selewat-lewatnya pada 14 Dis ini. Maklumat lanjut ada dinyatakan dalam UiTM Student Portal.

Good luck...

Thursday, December 9, 2010

Keputusan Peperiksaan

Semalam, 8 Dis, Lembaga Peperiksaan UiTM telah selamat bersidang.  Sebagaimana yang pernah disebut dalam post aku yang terdahulu di bawah tajuk "Validasi" dan "LAF", jawatan kuasa ini merupakan jawatan kuasa tertinggi di UiTM yang mengesahkan keputusan peperiksaan akhir semua pelajar UiTM.  Keputusan peperiksaan yang disahkan oleh jawatan kuasa ini merupakan keputusan muktamad.

Selepas pengesahan ini, keputusan peperiksaan akan dihebahkan kepada pelajar melalui email.  Keputusan ini juga akan diumumkan melalui portal rasmi UiTM.  Ia akan diumumkan pada jam 9.00 pagi esok, 10 Dis.

Pada semester-semester sebelumnya, keputusan terus diumumkan sebaik saja mesyuarat selesai.  Kali ini nampaknya pihak UiTM lebih berhati-hati dengan memberi masa dua hari kepada PSMB untuk membuat pengemaskinian sebelum ianya dihebahkan.  Dengan yang demikian, ia boleh mengelakkan/ mengurangkan kesilapan dalam pengiraan gred pelajar.

Bermula pada semester ini juga, di samping penggunaan portal rasmi, email juga digunakan.  Dengan cara ini diharapkan kesesakan capaian kepada server UiTM boleh dikurangkan.

Nampaknya, pada siang tadi setengah-setengah pelajar sudahpun dapat melihat keputusan peperiksaan mereka melalui portal.  Namun ramai yang mengeluh kerana tidak berjaya untuk mencapainya.  Dan ada juga yang berjaya, tetapi keputusan mereka masih belum dikemaskini.

Pada pandangan aku, dengan beberapa penambahbaikan yang dibuat, pada semester ini server UiTM tidaklah sesesak semester lepas.  Namun, pasti ada pelajar yang sukar untuk mencapainya terutamanya pada masa-masa puncak.  Nasihat aku, bersabarlah.  Cepat atau lambatnya kita melihat keputusan itu, ia tetap sama.  Tidak ada apa yang perlu dikejar.  Tidak perlulah memaki hamun, memperlekehkan UiTM kerana kononnya sistem yang lembab dan sebagainya.

Seperti juga di musim perayaan, ramai orang akan pulang ke kampung menyebabkan jalan raya menjadi sesak.  Apakah kita perlu mendesak kerajaan supaya membina lebuhraya 20 lorong supaya kesesakan tidak lagi berlaku padahal pada masa-masa biasa ianya lengang?  Begitulah juga keadaannya dengan server UiTM.  Kalau diperhatikan, sebenarnya, server UiTM jauh lebih baik daripada universiti-universiti yang lain.  UiTM mempunyai berbagai-bagai sistem dalam talian untuk menampung kira-kira 150,000 pelajar.  Berbanding dengan universiti lain yang hanya mempunyai bilangan pelajar 10% hinga 20% sahaja daripada bilangan pelajar UiTM.

Bagi yang berjaya terutama yang mendapat AD, sekali lagi aku ucapkan tahniah.  Aku juga turut berbangga dengan prestasi kalian.  Bagi yang tidak berjaya, janganlah terlalu tertekan.  Mungkin ada hikmah di sebaliknya.  Usaha lagi semester ini.  Sekiranya pelajar ingin membuat rayuan, silalah merayu dalam masa dua minggu selepas 10 Dis.

Bagi pelajar yang akan tamat atau akan menjalani latihan praktik dan masih gagal satu kursus, bolehlah menduduki peperiksaan khas yang akan diadakan pada 22 - 23 Dis nanti.  Jangan lupa buat pendaftaran secara online. 

Di samping tahniah untuk kawan-kawan pelajar, aku terharu apabila aku juga turut menerima tahniah berikut melalui facebook:
Alharith Alfadang Fasir: congrat sbb prof masih sihat,senang hati,pnjg umur & dimurahkan rezeki..xsmue org dpt nikmat cm 2..so kne la bersyukur kpd ALLAH s.w.t.
Thanks IS...

Monday, December 6, 2010

Kelab Sahabat


Laman Taichi -
tempat aku sama-sama bertaichi
Pagi tadi seperti biasa (eh...biasa ke?), aku ke Taman Tasik Shah Alam untuk bertaichi.  Selepas taichi seperti biasalah juga aku berjoging sekeliling tasik sejauh kira-kira 3km.  Bukan jogging pun, jalan kaki je... 

Di hujung jogging aku ternampak satu khemah MBSA sedang buat promosi.  Promosi apa eh?  Siap kasi sandwic dengan air mineral free lagi.  Rupa-rupanya kempen mencari ahli Kelab Sahabat Taman Tasik yang bakal ditubuhkan.  OK juga tu...aku pun daftarlah...

Objektif kelab ini ialah untuk membantu memelihara dan memulihara kawasan Taman Tasik Shah Alam dan taman-taman di Shah Alam supaya ianya kekal untuk generasi akan datang.  Penaungnya ialah Datuk Bandar Shah Alam sendiri.

Antara aktiviti/program yang dicadangkan untuk dijalankan oleh kelab ini adalah program kesihatan (pemeriksaan kesihatan dan nasihat pemakanan), senamrobik/taichi, gotong-royong, penanaman pokok dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.  Yuran hanyalah RM10 setahun untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.  Untuk kanak-kanak yang berumur dari 5 - 17 tahun, yurannya hanyalah RM5 setahun.
 
Pokok yang tumbang ke dalam tasik dan ranting kayu yang patah terbiar

Masjid Negeri, Shah Alam
Semasa aku berjogging di sekeliling tasik, aku ada terpandang sebatang pokok tumbang ke dalam tasik.  Dah lama aku perhatikan pokok ni dalam keadaan demikian rupa tanpa dihiraukan oleh pihak MBSA.  Agak sakit mata memandang.  Semasa aku di khemah MBSA tadi aku ada tanyakan tentang perkara ini.  Rupa-rupanya memang MBSA sengaja biarkan pokok tu di situ.  Katanya untuk dijadikan tempat ikan bermain.  Hmmm...agak-agaknya banyak benda lain di sekitar Shah Alam ini yang menyakitkan mata dan menyusahkan pengguna, sengaja dibuat sebegitu rupa untuk tujuan tertentu.  Agaknya!
Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM

Tapi apapun, Taman Tasik Shah Alam ni memang cantik.  Ia dikelilingi oleh Masjid Negeri Shah Alam, pejabat kerajaan, hotel, pusat beli-belah, restoran, taman rekreasi dan yang paling gah -- UiTM.

Tapi, lagi cantik dan menarik kalau MBSA dapat melakukan penyenggaraan yang lebih teratur...

Taman Rekreasi Wet World
berlatarbelakangkan SIRIM

McDonald's -
tempat aku singgah malam-malam bila perut terasa lapar
 

Friday, December 3, 2010

LAF

Mesyuarat LAF telah diadakan pada 1 Dis yang lepas.  LAF atau Lembaga Akademik Fakulti adalah satu jawatankuasa tertinggi fakulti yang membuat keputusan yang berkaitan dengan akademik termasuk mengesahkan keputusan peperiksaan akhir.  LAF juga akan menentukan tindakan lanjut yang perlu dilakukan terhadap sesuatu perkara luar biasa terhadap keputusan peperiksaan.  LAF yang dipengerusikan oleh dekan dianggotai oleh timbalan dekan, pengerusi pusat pengajian dan beberapa orang profesor yang dilantik.

Nampaknya tidak banyak perubahan yang telah dilakukan oleh LAF dalam mesyuarat tersebut.  Kesedihan yang aku rasakan sebagaimana yang aku luahkan dalam "Validasi" bertarikh 26 Nov yang lepas tetap seperti itu.  Hanya tinggal Lembaga Peperiksaan UiTM yang akan bermesyurat 8 Dis ini saja yang mungkin boleh mengubahnya.  Namun, biasanya jawatankuasa ini jarang melakukan apa-apa perubahan yang diputuskan oleh LAF.

Selain daripada satu kursus untuk CS221 yang dimaksudkan, sebenarnya terdapat satu lagi kursus untuk program lain yang lebih teruk.  Kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan untuk kursus ini GAGAL.  Dengan kata lain...kegagalan adalah 100%.  LAF terpaksa meminta supaya kesemua kertas peperiksaan termasuk kerja kursus disemak semula.  Dan pagi tadi, LAF telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk melihat kembali keputusan peperiksaan kursus tersebut.  Hasilnya, kira-kira 40% pelajar telah lulus.

Pada pendapatku, prestasi pelajar bergantung kepada empat faktor utama.  Pertama, pelajar itu sendiri, kedua pensyarahnya, ketiga kandungan kursus/silabus dan keempat ialah suasana pembelajaran termasuk bilik kuliah, peralatan dan seumpamanya.  Sekiranya peratusan kegagalan terlalu tinggi, aku lebih cenderong meletakkan kesalahan ke atas pensyarah itu sendiri.  Hampir tidak mungkin kebanyakan pelajar dalam kumpulan tersebut lemah.  Mereka diterima masuk setelah memperolehi kelulusan tertentu yang telah ditetapkan.

Tidak juga kepada kandungan kursus kerana ia telah diterima pakai dan telah dilaksanakan kepada kumpulan pelajar lain.  Sekiranya kandungan kursus merupakan penyebab utama, silabusnya dianggap tidak sesuai dan harus ditukar.  Begitu juga dengan suasana pembelajaran. 

Semasa aku masih menjadi TD dan mempengerusikan mesyuarat LAF pada suatu ketika dahulu, ada kampus cawangan yang mempamerkan keputusan yang sangat cemerlang untuk pelajar mereka.  Prestasi pelajar tersebut jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar dari kampus lain termasuk kampus Shah Alam sendiri.  Jika diperhatikan kepada tiga faktor tadi (tidak termasuk faktor kandungan kursus), kampus tersebut tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding kampus lain.  Pelajar diagihkan secara rawak.  Pensyarah di kampus Shah Alam pastinya jauh lebih baik.  Suasana pembelajaran? Hmmm...mungkin lebih sikit kot.

Jadi, apakah lagi faktor yang menjadikan pelajar mereka cemerlang?  Aku telah menyarankan supaya kampus lain termasuk Shah Alam membuat lawatan ke kampus tersebut dan belajar cara untuk menjadikan pelajar cemerlang.

Sehingga kini kampus tersebut masih terus menghasilkan pelajar yang lulus dengan cemerlang.  Dalam konvokesyen yang sedang berjalan sekarang, terdapat lebih daripada 20 graduan mereka mendapat kelas pertama.

Pada satu ketika, terdapat tujuh lulusan diploma dari kampus berkenaan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Shah Alam telah diberhentikan pada semester pertama.  Padahal pelajar tersebut kebanyakannya telah tamat diploma dengan mendapat anugerah dekan.  Alasan yang diberikan ialah pelajar tersebut mengalami culture shock?

Berbalik kepada pelajar CS221 yang gagal satu kursus.  Lebih daripada 30 pelajar perlu menduduki peperiksaan khas pada 22 - 23 Dis yang akan datang.  Satu jumlah yang sangat besar. Sekiranya lulus, pelajar hanya diberikan gred C saja dan bolehlah meneruskan latihan praktik.  Katanya, ada ahli LAF yang mencadangkan supaya pelajar-pelajar ini tidak diberikan peperiksaan khas, sebaliknya mengulang satu semester lagi untuk satu kursus tersebut.  Semester yang berikutnya baru dibenarkan menjalani latihan praktik...itupun kalau lulus.  Gila!!!

Kepada pelajar-pelajar ini, bolehlah mula mengulangkaji selepas keputusan diumumkan nanti.  Bagi sesiapa yang mendapat gred C- atau D+, sekiranya ada duit lebih, aku sarankan supaya membuat penyemakan semula di samping menduduki peperiksaan khas.  Manalah tau, nasib menyebelahi you all.

Kepada sesiapa yang aku postkan ucapan tahniah di facebook, bermakna mereka mendapat AD (insya-Allah).  Kepada yang tertinggal aku mintak maaf.  Sekali lagi aku ingin ucapkan tahniah kepada kumpulan CS110/01 kerana telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Sembilan daripada 20 pelajar telah mendapat AD.   Tahniah kepada Muhammad'Umar Rasydan kerana tampil menjadi pelajar terbaik dalam kelas tu...tahniah!!!  Pelajar yang tidak menjadi kawan aku kat facebook...i have no comment...

©2010 arif fikri abas
Bergambar bersama Pelajar CS110/01 Julai 2010.
Muhammad'Umar Rasydan (kiri).